Wednesday 20 July 2011

Faedah Melaksanakan Amalan 5S

• Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi
• Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat
• Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif
• Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja
• Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing)
• Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses pengeluaran/pemberian perkhidmatan
• Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas
• Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti
• Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan
• Pengurusan kos yang lebih berkesan
• Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan
• Memudahkan urusan penyelenggaraan
• Meningkatkan semangat kerja berpasukan
• Meningkatkan imej korporat organisasi

AJK Promosi :)

Tuesday 5 July 2011

Maksud Amalan 5S


AJK Promosi :)

Latar Belakang 5S

Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

AJK Promosi

Sunday 5 June 2011

Definisi Logo


Gambar Audit 5S

Kaunter Pembantu Peribadi Pegawai Memerintah

Pintu Masuk Pejabat Pegawai Memerintah

Ruang Menunggu
Pejabat Pegawai Memerintah
Laci Meja Pegawai Memerintah
Ruang Tamu Pejabat Pegawai Memerintah
Pejabat Tadbir: Teguran disini perlu SISIH
Pejabat Peg. Tadbir. Teguran disini perlu SISIH

Pejabat Peg. Tadbir. Teguran disini perlu SISIH

Pejabat  Gaji. Teguran disini perlu SISIH

Rak Borang Pejabat Tadbir
Kabinet Fail Pejabat Tadbir

Kad Edaran Fail Pejabat Tadbir
Rak Folder Bahan Rujukan
Pejabat Tadbir: Teguran disini perlu SUSUN

Sudut Q
Kuartermaster: Teguran disini perlu SISIH/SUSUN
Kuartermaster: Teguran disini perlu SISIH

Kuartermaster: Teguran disini perlu SISIH/SUSUN

Kuartermaster: Teguran disini perlu SISIH/SUSUN
Posted by Picasa

Thursday 28 April 2011

Audit Pertama

Salam 5S kepada semua rakan²….

Audit April 2011 yang telah dirancang akan diadakan pada 29 Apr 11.  Ketua Kumpulan telah merencanakan pelbagai tugasan kepada semua ahli kumpulan bagi memastikan audit pada kali ini kumpulan sea wolf akan berjaya mencapai kecemerlangan.  Gotong-royong yang direncanakan pada 28 Apr 11 pada jam 1500 bertujuan untuk memastikan setiap sudut kawasan tanggungjawab dibersihkan.Audit kali ini yang menekankan aspek seiri (sisih) dan seiton (susun) dirasakan perlu dimabil perhatian yang khusus bagi memastikan setiap kriteria-kriteria dipenuhi.

Skop bagi aktiviti gotong royong adalah seperti berikut:

a.     menyapu lantai laluan kuartermaster dan sudut Q.

b.     Menyusun fail, buku-buku BR dan borang-borang.

c.     Mengemaskini wayar-wayar komputer.

d.     Membersihkan lampu dan saluran air cond.

e.     Mengelap cermin tingkap, papan kenyataan dan sudut 5S.

f.      Membersihkan tandas wanita.

g.     Menggantikan label-label yang lusuh.

Diharap semua ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang optimum bagi memastikan keselamatan dan persekitaran berkualiti pejabat tadbir menjadi contoh kepada pejabat-pejabat yang lain.

Sekian

Promosi.

Tuesday 26 April 2011

Gotong Royong 28 Apr 11

Assalamualaikum Tuanx dan Puanx.
Audit telah dirancang untuk diadakan pada 29 Apr 11.
Justeru, kumpulan telah bercadang untuk melakukan gotong royong pada 28 Apr 11 bagi memastikan kumpulan kami akan mendapat tempat yang pertama.
Sekian.

Promosi

Wednesday 20 April 2011

Salam Pengenalan

Assalamualaikum kepada semua bro² dan sis² Blogger...

Blog Sea Wolf Tadbir ini diwujudkan bagi tujuan promosi kumpulan kami yang telah ditubuhkan pada tarikh 14 April 2011.

Blog ini juga merupakan kaedah bagi menilai tahap kemajuan kumpulan kami dalam mengimplimentasikan amalan persekitaran berkualiti 5S..

AJK Promosi
20 April 2011 jam 1355